Tujuan orang melahirkan sifat ego
hendak menunjukkan kehebatan diri sendiri
Melahirkan ego agar orang takut, hormat,
dipandang besar dan disegani
Dia rasa puas melahirkan sifat sombong yang hina itu
Dia lupa yang sebenarnya dia menjerat dirinya sendiri
Perbuatan itu orang benci
bahkan orang yang ego sepertinya pun benci
Ke mana dia pergi orang meluat
Di mana sahaja dia berada orang lari
Orang tidak suka berkawan
bahkan orang duduk dekatnya pun tidak sudi
Dia akan dijadikan bualan, cercaan orang-orang
yang bertemu sesama sendiri
Jika dia dapat kesusahan
orang tidak simpati bahkan tidak peduli
Penderitaan tanggung sendiri
kerana sikapnya selama ini
Akibatnya orang yang ego ini
duduk keseorangan di tengah ramai
Di waktu keseorangan lagilah sepi
Ke mana pergi bertemu orang
Orang hendak tegur pun tidak ada hati
Jika berlaku kesusahan kepada orang ego itu
Hati orang ramai berkata: Padan muka
Ada yang terluncur di mulut
mereka berkata: Padan muka eloklah tu
Orang yang ego bertujuan hendak menunjukkan kehebatan diri
Rupanya dia menjerat dirinya sendiri
Tidak ada siapa yang rugi
Dialah yang rugi dan memerangkap dirinya sendiri
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi